Friday, 12 August 2011

PANTUN 6 SIANTAN


Hari ini jadikan kenangan,
Ragam murid-murid 6 Siantan,
Hebatnya nama tiada tandingan ,
Sering Berjaya dalam peperiksaan.

Puan Noryati guru kelas kami,
Rupa parasnya cantik sekali,
Walaupun garang tetapi baik hati,
Kekuatannya hebat bagai Sazali.

Habib Baihaqi nama diberi,
Dialah ketua di kelas kami,
Anis Sufia penolong tugas diberi,
Ketegasannya amat digeruni.

Muhd Hazim seorang ketua pengawas,
Sikapnya ‘poyo’ dan juga tegas,
Afeefa penolong ketua pengawas,
Terkenal dengan sifatnya yang suka berbahas.

Muhd Fazlie ketua berdebat,
Selalu berlagak tidak kira tempat,
Perasan dia paling hebat,
Jika guru tahu tentu kena sebat.

Hidup ini perlukan bimbingan,
PRS kami member sokongan,
Mereka berdua memang sepadan,
Ziyad dan Fitri memberi bantuan.

Badan bulat empunya Muhd Syawal,
Nama popularnya ikan bawal,
Badan tegap tuannya Akmal,
Badannya kuat bagaikan ‘Spongebob’ yang kenyal.

Jahmain dan Naeim secocok sekali,
Dalam diam-diam ubi berisi,
Sekali pandang macam merendah diri,
Rupa-rupanya ada udang sebalik mi.

Hamizan dan Syamim teman sejati,
Suka sindir orang sesuka hati,
Walaupun perangai buruk sekali,
Tetapi pelajaran tidak dilupai.

Afiq dan Khairul selalu bertekak,
Kalau boleh hendak kena sepak,
Dalam kelas selalu memekak,
Bagai ular dengan katak.

Ungku dan Yashiran ketara saiznya,
Kecil dan besar tidak terkira,
Walaupun berbeza kaum dan bangsa,
Tidak kisahlah asalkan kita 1 Malaysia.

Teman sejati Nabila dan Farah,
Sentiasa sabar tidak suka marah,
Hidayah Nordin seorang yang peramah,
Kawan yang ‘sporting’ ialah Athirah.

Ghajaletchumy nama diberi,
Cerdik orangnya selalu dipuji,
Kawan Letchumy namanya Dineswary,
Sentiasa bersama setiap hari.

Al-kisah dua orang sahabat yang memegang amanah,
Seorang periang, seorang peramah,
Kami maksudkan ialah Amal Afifah dan Amirah,
Sentiasa berusaha, tidak pernah kalah.

Maryam ‘always’ ceria orangnya,
Sentiasa dipuji dimana-mana,
Ain Nur pula berani orangnya,
Kerana itulah pegangan dirinya.

Pergi ke kedai minum teh tarik,
Airin mempunyai tubuh badan yang menarik,
Shuhaila pula teman yang baik,
Sekali pandang pasti tertarik.

Dalam hidup kita memerlukan seorang teman,
Inilah kisah Ilya Umairah dan Dayana Ramlan,
Sentiasa bersama sewaktu berjalan,
Sahabat yang baik dan beriman.

Seiring dan sejalan,
Seindah bunga di taman,
Aida dan Farisya suka berkeliaran,
Memang patut menjadi kawan.

Dua teman sejati Izzah dan Syazana,
Suka berkepit tidak kira masa,
Sentiasa bersama di mana jua,
Bagaikan belangkas pun ada.

Gula-gula digemari oleh mereka,
Zarith dan Sabrina bagaikan bunga,
Sentiasa kemas tidak kira di mana,
Sahabat yang akrab baik hati pula.

Wan Atiq Raidah nama yang gah,
Subjek Matematik yang paling gagah,
Tetapi Afiqah tidak mengalah,
Tekun berusaha setinggi galah.

2 comments: